Selain itu, strategi dan pembangunan tenaga hidrogen di Sarawak akan diperluas serta menyentuh pelbagai sudut jana kuasa termasuk sebagai salah satu Bahan Api Penerbangan Mapan (SAF).<br /><br />Abang Johari berkata, kerajaan negeri mempunyai sumber dan fasiliti yang mampu berdaya saing sebagai pembekal tenaga alternatif di peringkat global.<br /><br />Jelasnya, penyelidikan bahan bakar bio di Sarawak juga dilihat mampu menjana ekonomi baharu di negeri itu dalam tempoh jangka panjang.